Jumat, Januari 14, 2011

BUKIT MAGNET


" Madinah selain dikenal sebagai kota nabi, memiliki panorama alam yang indah yang dikelilingi oleh deretan perbukitan atau dalam bahasa Arab dikenal jabal. Disamping jabal Uhud yang terkenal kerana sejarah peperangan zaman Rasulullah SAW, ada lagi jabal magnet yang terletak sekitar 30 KM dari kota Madinah menuju arah kota Tabuk.

Jabal magnet (bukit magnet) juga dikenali sebagai Manthaqotul Baido (tanah putih). Jabal magnet terletak di luar wilayah haram, kawasan ini ditempuh sekitar 30 minit dari pusat kota Madinah. Untuk mengakses ke arah jabal magnet melalui hamparan pasir, pepohonan dan gunung berbatu menambah keindahannya. Konon jabal magnet ini merupakan pusat magnet terbesar didunia, hal ini dirasakan dari daya magnet terhadap kenderaan yang dalam posisi gear neutral, kenderaan dapat bergerak dgn laju. Sebaliknya, kenderaan yang melintas menuju di jabal magnet akan terasa berat, kerana terjadi arus tarik menarik.

Jalan-jalan di kota Madinah menurun, namun kedudukannya tidak curam, yang menghairankan, kendaraan akan terus melaju dengan kecepatan tinggi sehingga mencapai 130 KM/jam, meski pun enjin kenderaan dimatikan. Namun, keajaiban yang ada di tanah suci itu hanya berlangsung sekira 2 hingga 3 kilometer sahaja
.
Melihat fenomena yang ada itu, membuat kita bertanya-tanya akan keajaiban dari ciptaan Allah. Hanya Dialah yang mengetahui rahsia disebalik semua ciptaannya. Subahanallah"

Tidak ada komentar: